Mangsa banjir di Terengganu 1,074 orang

Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 8 pagi Selasa.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 8 pagi Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu kini mencecah 1,074 orang, sehingga jam 8 pagi Selasa.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah itu kekal sebagaimana jam 12 tengah malam, memandangkan tiada pemindahan mangsa berlaku awal pagi tadi.

Che Adam A Rahman
Che Adam A Rahman

Menurutnya, hanya dua daerah yang terjejas dalam banjir gelombang kelima kali ini, iaitu Kemaman dan Dungun, dengan mangsa daripada 330 keluarga kini ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

"Seramai 154 orang daripada 45 keluarga yang terjejas akibat banjir di Dungun. Mereka kini ditempatkan di tiga PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda.

"Di Kemaman pula, sembilan PPS dibuka yang menempatkan 920 mangsa daripada 285 keluarga," katanya.

Jelasnya, keadaan cuaca di kebanyakan daerah masih hujan renyai dan kadang kala lebat serta berangin di sebelah pantai.

Che Adam berkata, hanya Sungai Kemaman di stesen Paya Paman melepasi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 4.39 meter dan menunjukkan trend menaik.

Artikel Berkaitan: