20 mangsa banjir terperangkap diselamatkan bomba

Anggota bomba menyelamatkan 20 mangsa banjir di Kampung Semaloi, Endau sebelum memindahkan mereka ke PPS SK Air Tawar dan PPS SK Labong, di Mersing pada Selasa.
Anggota bomba menyelamatkan 20 mangsa banjir di Kampung Semaloi, Endau sebelum memindahkan mereka ke PPS SK Air Tawar dan PPS SK Labong, di Mersing pada Selasa.
A
A
A

MERSING - Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau menyelamatkan 20 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Semaloi, Endau dekat sini pada Selasa.

Ketua Operasinya, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.23 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, mereka dibantu satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu utiliti Hilux dari BBP Endau selain dibantu satu utiliti Hilux milik Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Sebahagian mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Air Tawar dan PPS SK Labong, di Mersing pada Selasa.
Sebahagian mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Air Tawar dan PPS SK Labong, di Mersing pada Selasa.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati banjir di lokasi kejadian dan terdapat seramai 20 mangsa terperangkap di dalam rumah.

"PKO bertindak membantu mengeluarkan semua mangsa ke tempat yang lebih selamat dengan menggunakan satu utiliti Hilux BBP Endau dan satu utiliti Hilux milik KRT," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, semua mangsa dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Tawar dan PPS di SK Labong.

Beliau memberitahu, mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa, 11 wanita dewasa, seorang lelaki serta seorang wanita warga emas, seorang kanak-kanak lelaki serta dua bayi perempuan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Mohd Alias yang juga Ketua BBP Endau, operasi tamat pada jam 5.18 pagi.