Laluan LPT1 KM84.6-84.7 dan KM113 masih ditutup

Limpahan air di KM113 hingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
Limpahan air di KM113 hingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
A
A
A

KUANTAN - Laluan di Kilometer (KM) 84.6 hingga 84.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dekat Lanchang di kedua-dua arah masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan pada Selasa.

Anih Berhad menerusi kenyataannya memaklumkan, turut ditutup sepenuhnya ialah laluan di KM113 (Lanchang) susulan kenaikan air sejak jam 9 malam pada Isnin.

Keadaan limpahan air di KM84.6 hingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.
Keadaan limpahan air di KM84.6 hingga laluan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.

Laluan KM84.6 hingga 84.7 ditutup sejak Ahad akibat limpahan air sedalam kira-kira satu meter melibatkan laluan sepanjang satu kilometer.

"Walau bagaimanapun keadaan semasa limpahan air mula menunjukkan penurunan," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Anih Berhad menasihatkan pengguna untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157.

Maklumat sahih dan terkini boleh didapati di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700.

Artikel Berkaitan: