X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 5,485

Tinjauan pihak bomba dari udara merakamkan bandar Kota Tinggi, pada Isnin hampir lumpuh akibat ditenggelami banjir termasuk beberapa jalan utama terputus hubungan.
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun dengan merekodkan 5,485 orang daripada 1,408 keluarga setakat jam 8 pagi pada Selasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menurun sedikit berbanding 5,524 orang daripada 1,442 keluarga setakat jam 8 malam pada Isnin.

"Setakat ini 53 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di tujuh daerah terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Segamat.

"Selain itu enam PPS antaranya Dewan Raya Kampung Sungai Tiram dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram di Johor Bahru masing-masing ditutup pada jam 5 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Katanya, PPS di Dewan Kampung Muhibbah, Kota Tinggi dan Kampung Murni Jaya, Kulai ditutup pada jam 5 dan 6 petang sekali gus menyaksikan tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di PPS dalam daerah itu.

Menurutnya, Kota Tinggi kini menjadi daerah paling teruk terjejas di Johor melibatkan 2,707 mangsa banjir daripada 682 keluarga dipindahkan ke 23 PPS antaranya di SK Telok Ramunia, SK Sungai Telor, SK Taman Kota Jaya dan SK Laksamana.

Kota Tinggi kini menjadi daerah paling teruk terjejas di Johor melibatkan 2,707 mangsa banjir daripada 682 keluarga dipindahkan ke 23 PPS.
Kota Tinggi kini menjadi daerah paling teruk terjejas di Johor melibatkan 2,707 mangsa banjir daripada 682 keluarga dipindahkan ke 23 PPS.

Beliau memberitahu, PPS SK Taman Kota Jaya menempatkan mangsa banjir paling ramai di Kota Tinggi berjumlah 407 daripada 69 keluarga.

Ujarnya, ini diikuti 352 mangsa banjir daripada 101 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi.

Selain itu katanya, Kluang mencatatkan tiga kematian akibat banjir melibatkan seorang wanita berusia 61 tahun tergelincir dan lemas dalam parit di Kampung Contoh, Kahang jam 1 petang pada Sabtu.

"Korban banjir kedua, adalah seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan berusia 20 tahun yang ditemukan mati lemas di Kampung Bentong jam 12.20 tengah hari pada Isnin," katanya.

Vidyananthan berkata, manakala mangsa ketiga seorang lelaki berusia 28 tahun yang ditemukan dalam kebun pisang jam 5.10 petang pada Isnin.

"Semua mangsa tersebut meninggal dunia semasa terjatuh dalam parit dalam dan meredah banjir," katanya sambil mengingatkan mangsa banjir supaya berhati-hati dan sentiasa mengutamakan keselamatan.

Keadaan sangkar ikan yang terjejas akibat banjir sekitar Kampung Peta, Mersing pada Isnin. - Foto Bernama
Keadaan sangkar ikan yang terjejas akibat banjir sekitar Kampung Peta, Mersing pada Isnin. - Foto Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!