Jack Ma 'ghaib' lebih dua bulan

Jack Ma. - Foto: Agensi
Jack Ma. - Foto: Agensi
A
A
A

BEIJING - Pengasas Alibaba.com, Jack Ma dilaporkan tidak muncul di khalayak ramai selama lebih daripada dua bulan.

Kehilangan misteri bilionair berusia 56 tahun itu menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau berada dalam pemantauan pemerintah China.

Jack Ma juga dilaporkan gagal hadir dalam salah sebuah rancangan terbitannya sendiri, Africa’s Business Heroes yang memberi peluang kepada pengusaha Afrika untuk berkembang dan bersaing di dunia perniagaan.

Empayar perniagaan Jack Ma, Ant Group mendapat perhatian Beijing sejak beliau menyampaikan pidato kontroversi di Shanghai pada 24 Oktober tahun lalu.

Difahamkan, Jack Ma mengkritik sistem kewangan China kerana didakwa ketinggalan zaman dan menyamakan bank sebagai 'kedai pajak gadai' menyebabkan beliau disaman.

Pada Disember lalu, pihak berkuasa China memulakan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba dengan tekanan lebih tinggi terhadap gergasi e-dagang itu dan menyebabkan harga sahamnya jatuh.

Beliau juga kehilangan status sebagai lelaki terkaya di China.

Beijing sebelum ini mempunyai sejarah menghukum pengkritiknya.

Artikel Berkaitan:

Pada Mac tahun lalu, Seorang taikun harta tanah China dan pengkritik lantang Presiden Xi Jinping dipenjarakan selama 18 tahun selepas disabit bersalah melakukan rasuah dan penyelewengan dana rakyat.

Sebelum dihumban ke penjara, Ren Zhiqiang terlebih dahulu disiasat kerana 'pelanggaran serius terhadap disiplin dan undang-undang'. - Agensi