Tiga beranak berteduh dalam bangsal

Maleha bersama anaknya, Nur Amalina di bangsal yang menjadi tempat mereka berlindung dari panas dan hujan.
Maleha bersama anaknya, Nur Amalina di bangsal yang menjadi tempat mereka berlindung dari panas dan hujan.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga beranak di Kampung Aur China, Slow Machang di sini hanya mampu menjadikan bangsal sebagai tempat berteduh selepas kehilangan ketua keluarga empat tahun lalu akibat kanser lidah.

Ibu tunggal, Maleha Deraman, 35, berkata, bangsal tersebut diduduki bersama arwah suami, Mohd Saiful Anumin Mohd Nawi sejak awal perkahwinan mereka kini semakin usang.

“Bumbung bocor dan lantai serta dinding mulai rapuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di di sini, pada Ahad.

Menurutnya, dia serta dua anaknya, Mohd Al-Alif Mohd Saiful Anumin,16, dan Nur Amalina, 15, kini buntu memikirkan nasib mereka.

Maleha menunjukkan keadaan dinding yang usang dan berlubang.
Maleha menunjukkan keadaan dinding yang usang dan berlubang.

Katanya, arwah suami sebelum ini hanya bekerja sebagai pemandu lori dan dia hanya suri rumah.

Maleha berkata, sejak kematian suami dia mengambil upah sebagai pembantu kedai di kilang memproses satay ikan secara kontrak dengan upah RM50 sehari.

“Tetapi sejak lima hari lalu saya tidak dapat bekerja kerana mengalami penyakit kayap yang menyukarkan pergerakan.

Artikel Berkaitan:

“Mujurlah saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan yang dapat menampung keperluan harian anak-anak,” katanya.

Lebih menyedihkan katanya, anak lelaki sulungnya sudah tidak berminat ke sekolah selepas kematian ayahnya.

Nur Amalina menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Cempaka Merah, Asnaf Che Norhayati Mohamed (kiri).
Nur Amalina menerima sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Cempaka Merah, Asnaf Che Norhayati Mohamed (kiri).

Katanya, dia kini hanya mampu berdoa dan meneruskan hidup dengan sokongan anak-anak di sisi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027020543919.