50 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SK Rantau Panjang

Beberapa kawasan rendah di Kampung Rantau Panjang dilanda banjir pada Ahad.
Beberapa kawasan rendah di Kampung Rantau Panjang dilanda banjir pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga di Kampung Rantau Panjang di sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang pada Isnin.

Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Mohd Izzuddin Ismail berkata, banjir melanda beberapa kawasan rendah pada petang Ahad menyebabkan air dari Sungai Darah naik dan melimpah ke rumah mangsa.

"Paras air di kawasan terjejas semakin meningkat naik," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Izzuddin berkata, dari segi pecahan mangsa banjir dipindahkan di PPS itu pula seramai 20 lelaki dewasa dan 15 wanita.

"Warga emas lelaki dan wanita masing-masing empat, bayi lelaki (dua) dan Orang Kurang Upaya (OKU) (satu)," katanya.

Artikel Berkaitan: