Penghantar makanan maut langgar lopak

 Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak dan terjatuh di Jalan PJU 7/2 di sini pada Isnin. Gambar hiasan
Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak dan terjatuh di Jalan PJU 7/2 di sini pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas melanggar lopak dan terjatuh di Jalan PJU 7/2 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari ketika mangsa melalui lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa sedang dalam perjalanan melalui Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara menghampiri lampu isyarat simpang tiga berhampiran lokasi.

"Motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan apabila terlanggar lubang di bahu jalan dan terbabas di lorong kiri jalan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

"Bedah siasat akan dijalankan setelah mendapat keputusan Covid-19 daripada unit forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: