Dua beranak dikhuatiri lemas, bot terbalik

Ismail Abdul Ghani
Ismail Abdul Ghani
A
A
A

KUANTAN - Dua beranak dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki empat sekeluarga terbalik di Kampung Bertang, Ulu Jelai, Lipis, tengah hari tadi.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Rozi Omar, 52, dan anak perempuannya, Zakirah Ahmad Husin, 19.

Suami mangsa, Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23, berjaya diselamatkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika empat beranak berkenaan menaiki bot untuk melihat keadaan rumah yang dinaiki air.

Menurutnya, kejadian berlaku di Sungai Jelai berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: