YBR sumbang RM17,000 bantu pelajar di Port Dickson

Mohd Fauzi (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM17,000 kepada Mohd Najib sempena Program Kembali ke Sekolah YBR di Port Dickson pada Ahad. - Foto Yayasan Bank Rakyat (YBR)
Mohd Fauzi (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM17,000 kepada Mohd Najib sempena Program Kembali ke Sekolah YBR di Port Dickson pada Ahad. - Foto Yayasan Bank Rakyat (YBR)
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbang RM17,000 bagi dana bantuan persekolahan kepada 170 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Port Dickson menerusi Program Kembali ke Sekolah YBR.

Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil berkata, bantuan persekolahan bernilai RM100 disumbangkan kepada setiap murid yang dikenal pasti dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membeli uniform dan kasut sekolah.

Katanya, sumbangan itu selain diharap dapat mempertingkatkan minat murid untuk ke sekolah juga menjadi pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan cemerlang.

“Kita prihatin dengan mereka yang memerlukan bantuan ini dengan memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar membuat persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

“Bantuan yang berikan ini juga diharapkan dapat mengurangkan beban ditanggung keluarga bagi sesi persekolahan baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Port Dickson (Peka), Mohd Najib Mohd Isa dan wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, Kamaruzaman Habibur Rahman.

Mohd Najib (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan sempena Program Kembali ke Sekolah YBR di Port Dickson pada Ahad. - Foto Yayasan Bank Rakyat (YBR)
Mohd Najib (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan sempena Program Kembali ke Sekolah YBR di Port Dickson pada Ahad. - Foto Yayasan Bank Rakyat (YBR)

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata, bantuan itu membuktikan keprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, program bantuan persekolahan anjuran YBR itu juga bakal diagihkan ke 144 lokasi lain yang sudah dikenal pasti.

“Ini bukan sahaja dapat membantu keluarga dan murid yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pendidikan terbaik, malah dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sehingga tahun lepas, seramai 23,721 murid menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukan RM3.87 juta,” katanya.