MI17 tarik perhatian penduduk

Orang ramai menunggu giliran untuk masuk ke dalam helikopter dan bergambar kenangan.
Orang ramai menunggu giliran untuk masuk ke dalam helikopter dan bergambar kenangan.
A
A
A

BALING - Helikopter MI17 yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di Gunung Baling di sini, hari ini menjadi tumpuan apabila penduduk tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Peluang itu diberikan bomba sebaik sahaja operasi hari pertama tamat dan selepas helikopter berkenaan diselenggarakan sebagai persediaan operasi esok.

Sinar Harian mendapati, penduduk turut dibenarkan untuk merasai pengalaman memasuki helikopter tersebut.

Helikopter buatan Rusia yang berusia 20 tahun itu sudah melakukan lebih 4,000 jam penerbangan dan boleh membawa 27 penumpang dewasa.

Ia digunakan bagi pelbagai operasi menyelamat selain turut membawa jenazah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu dari Hospital Kuala Lumpur ke kampungnya di Tebengau, Kedah.

Artikel Berkaitan: