Buat sahajalah macam i-Lestari, rakyat lebih tahu situasi mereka!

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran supaya melaksanakan syarat pengeluaran permohonan i-Sinar seperti program terdahulu iaitu i-Lestari.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan skim i-Sinar yang dilancarkan pada Disember lalu.

“Walaupun ketua kerajaan beritahu saya bahawa skim i-Sinar sudah elok dan suruh saya henti tekan kerajaan untuk hal ini, saya tetap mahu kerajaan hapuskan segala syarat pengeluaran dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu KWSP: Rakyat kesal, kecewa dengan Najib

Najib gesa KWSP perluas skim i-Sinar

Duit KWSP duit rakyat, kata Najib

'Kalau saya Menteri Kewangan, saya beri kata dua kepada KWSP'

“Buatlah macam i-Lestari,” katanya dalam siaran Facebook beliau pada Isnin.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut mencadangkan agar program berkenaan membenarkan pengeluaran wang sehingga RM10,000.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu diberi kelonggaran untuk mengeluarkan wang mereka sekiranya ada keperluan dan mempunyai baki dalam akaun.

“Bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga RM10,000 sahaja.

“Rakyat lebih mengetahui situasi sebenar mereka dan rakyat lebih yakin bahawa duit yang dikeluarkan hari ini dapat dipulihkan dalam masa terdekat apabila keadaan ekonomi menjadi baik.

“Maka, percayalah rakyat, sebab ini memang duit mereka,” ujarnya.

Terdahulu, permohonan i-Sinar KWSP mula dibuka secara dalam talian pada tahun lepas menerusi dua kategori kriteria kelayakan pemohon membabitkan 8 juta ahli.

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.