Jangan bergaduh, pesan terakhir arwah ayah

Umar Iskandar (tengah) membantu proses pengebumian arwah bapanya, Zulkarnain Hitam di Tanah Perkuburan Kampung Mat Kilau, Jerantut pada Isnin. Gambar kecil: Ukai Iskandar, masih belum ditemukan selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Puas pada Ahad.

A
A
A

JERANTUT- "Arwah ayah ada pesan supaya kami adik-beradik tidak bergaduh."

Itu pesanan terakhir mangsa korban banjir pertama Pahang, Zulkarnain Hitam, 58, selepas lemas dihanyutkan arus deras Sungai Puas dekat Kampung Gintong pada Ahad manakala seorang anaknya, Ukai Iskandar, 23, masih belum ditemukan.

Anak mangsa, Umar Iskandar, 15, berkata, semasa kejadian dia bersama bapa dan abangnya, Ukai Iskandar serta adiknya, Usyair Iskandar, 13, dalam perjalanan ke rumah milik keluarga di Kampung Sokti untuk mengemas barang di rumah terbabit.

"Kami hanya dapat tarik arwah ayah namun abang tidak dapat diselamatkan.

"Terkilan, sedih sebab gagal selamatkan abang yang juga anak sulung.

"Saya reda walaupun sekelip mata, hilang dua orang ahli keluarga serentak," kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Umar ditemui di pekarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau, di sini pada Isnin.

Sementara itu, isteri mangsa, Mazayana Abdullah, 44, berkata, beliau berasa berat hati ketika melepaskan suaminya bersama tiga anaknya ke tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Mazayana (kiri) ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau, Jerantut pada Isnin.
Mazayana (kiri) ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau, Jerantut pada Isnin.

"Suami sempat memeluk dan mencium dahi sebelum pergi dan dari situ saya sudah terasa berat hati.

"Saya dapat tahu mengenai kejadian yang menimpa mereka daripada kakak ipar kira-kira jam 1.30 pagi.

"Walaupun sekelip mata saya hilang insan tersayang, saya reda dengan ujian yang diberikan oleh ALLAH terhadap kami sekeluarga," katanya yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban pertama banjir Pahang: Bapa lemas, anak hilang