UMNO Kelantan berlapang dada pendapat Annuar

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan
A
A
A

MACHANG – UMNO Kelantan menghormati pandangan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang melihat parti itu tidak boleh 'bersendirian' dalam arena politik sekiranya ingin memperoleh kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, berbeza pendapat itu bukanlah satu landasan pergaduhan antara pemimpin UMNO, sebaliknya meraikan pendapat masing-masing dengan cara berhemah.

“Kita hormati pandangan beliau. Mungkin satu hari nanti beliau merasakan pandangan kita ini betul dan tidak salah, (maka) kembali bersama kita. Bukan kita hendak bergaduh dan hendak berlawan sama-sana kita, amat merugikan.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Ketereh gesa amalan politik muafakat terus diperteguhkan

'Kalau nak pecat saya silakan...'

“Tapi pandangan kita jelas, jangan mengecam kita ekoran daripada keputusan yang kita buat sebab keputusan kita buat ini berdasarkan akar umbi, bukan bersendirian.

“Kita tolak sebab terluka dan sangat berkecil hati dengan layanan Bersatu yang menjadi nakhoda kepada sebuah pentadbiram pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Ahmad Jazlan diminta mengulas mengenai perkara tersebut selepas UMNO Bahagian Ketereh yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa mengemukakan usul usaha memperkasakan Muafakat Nasional serta memperteguh permuafakatan BN, Perikatan Nasional (PN),

Artikel Berkaitan:

Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai persiapan menentang Pakatan Harapan nanti.

Sementara itu, Ahmad Jazlan pula mengumumkan keputusan usul yang dibawa 12 UMNO Bahagian negeri ini yang sepakat mendesak kepimpinan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Bersatu berdasarkan serta mengambil kira suara akar umbi yang menolak Kerajaan Perikatan Nasional serta permainan licik politik Bersatu.

Tindakan tersebut memperlihatkan ketidakserasian antara 12 UMNO bahagian itu dengan Bahagian Ketereh yang didakwa mengambil sikap berkecuali.

Bagaimanapun, Ahmad Jazlan berkata, pihaknya tetap menerima keputusan UMNO Bahagian Ketereh itu dan berharap mereka juga akan menerima dan menghormati keputusan 12 bahagian tersebut.

“Itu pandangan dia, kita menghormati pandangan beliau dan dia mesti menghormati pandangan kita. Kalau kita 12 (bahagian) boleh menghormati pandangan dia yang hanya satu bahagian, mengapa beliau tidak boleh menghormati kita (12 bahagian) ini.

“Sepatutnya yang minoriti menghormati majoriti, tapi kita berlapang dada sebab kita kawan, kita adik beradik. Sepatutnya Annuar faham, bila 12 daripada 13 bahagian berbuat demikian, kalau beliau merasakan beliau perlu patuh dan mengikuti hasrat negeri, maka saya rasa itulah sebaiknya.

“Kalau beliau masih mahu berada dalam kerajaan pun saya menghormati keputusan beliau dan biarkan rakyat yang membuat keputusan satu hari nanti dan kita serahkan kepada parti. Apa yang saya buat ini mendengar suara akar umbi,” katanya.