Polis masih siasat identiti mayat terbaring di Tanah Putih

Keadaan mayat ketika ditemui di lokasi kejadian di Tanah Putih pada Ahad
Keadaan mayat ketika ditemui di lokasi kejadian di Tanah Putih pada Ahad
A
A
A

KUANTAN - Polis masih menyiasat identiti mayat seorang lelaki yang ditemui mati di tepi sebuah kedai di Jalan Tanah Putih di sini pada 2 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 8.50 pagi daripada orang awam melaporkan mengenai penemuan mayat mangsa berusia lingkungan 50-an terbaring di lokasi.

"Hasil pemeriksaan polis dan pegawai Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia, namun tiada sebarang dokumen diri pada badannya.

"Identiti mangsa masih belum diketahui, namun pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mendapatkan butiran mangsa," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Isnin.

Mohd Noor (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Isnin.
Mohd Noor (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, buat masa ini polis menyifatkan tiada elemen jenayah pada kematiannya.

"Polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat daripada HTAA bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Artikel Berkaitan: