Arab Saudi buka semula semua pintu sempadan

Arab Saudi membuka semula semua sempadan laut, darat dan udara yang ditutup 20 Disember lalu berikutan varian baharu virus Covid-19. - Foto AFP
Arab Saudi membuka semula semua sempadan laut, darat dan udara yang ditutup 20 Disember lalu berikutan varian baharu virus Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi pada Ahad membuka semula semua sempadan laut, darat dan udara yang ditutup 20 Disember lalu berikutan varian baharu virus Covid-19, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Individu dari United Kingdom dan Republik Afrika Selatan yang mahu memasuki Arab Saudi dan tidak mempunyai kewarganegaraan, diwajibkan menjalani kuarantin sekurang-kurangnya 14 hari di negara yang tidak mencatatkan kes membabitkan varian baharu itu.

Sementara penduduk Arab Saudi yang dibenarkan memasuki negara itu untuk tujuan kemanusiaan atau sebab-sebab lain, perlu menjalani kuarantin 14 hari di rumah dan mengambil ujian PCR pada hari keenam ketibaan mereka.

Artikel Berkaitan: