X

Kindly register in order to view this article
!

Nafas agih bantuan Back To School

Che Abdullah (kanan) dan Nazilah (tengah) menyampaikan sumbangan baucar Back To School kepada Ramlah di Tumpat pada Ahad.
A
A

TUMPAT - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melunaskan tanggungjawab sosial korporat (SCR) dengan mengagihkan bantuan persekolahan berbentuk baucar Back To School bernilai RM580,000 kepada golongan sasar di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sumbangan diberikan kepada lebih 3,000 penerima dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan termasuk nelayan, petani dan ibu tunggal.

“Pihak Nafas prihatin terhadap rakyat yang terjejas pendapatan semasa mendepani situasi semasa pandemik Covid-19 yang masih lagi belum berakhir malah makin menular saat ini.

“Bantuan yang disalurkan ini diharap dapat membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan awal persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

Che Abdullah
Che Abdullah

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Back To School di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Tumpat di Sri Tujuh di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Nazilah Abd Latif dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat.

Che Abdullah berkata, penyampaian sumbangan tersebut akan dilaksanakan oleh Nafas secara berperingkat di seluruh negara sebelum sesi persekolahan bermula pada 20 Januari depan.

“Hari ini (Ahad) bagi kawasan Tumpat sejumlah 450 individu menerima baucar pembelian barangan sekolah yang keseluruhannya bernilai RM45,000.

“Nilai agihan di setiap kawasan adalah berbeza bergantung kepada keperluan di tempat masing-masing,” katanya.

Ramlah
Ramlah

Sementara itu, ibu tunggal 11 anak, Ramlah Awang Senik, 52, berkata, dia terharu dengan bantuan yang diterima bagi pihak anak kelapannya, Che Mohd Rahmat Che Salleh, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut.

“Enam anak saya yang berusia 10 tahun sehingga 19 tahun masih bersekolah dan kesemuanya belum ada sebarang persiapan bagi memulakan sesi persekolahan.

“Syukur ada juga pihak bermurah hari membantu dan dapatlah meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!