[DIKEMASKINI] Mangsa banjir meningkat di enam negeri

Banjir hampir mencecah paras bumbung rumah penduduk Taman Maran Jaya pada Ahad selepas hujan lebat turun selama dua hari. - Foto Bernama
Banjir hampir mencecah paras bumbung rumah penduduk Taman Maran Jaya pada Ahad selepas hujan lebat turun selama dua hari. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Situasi banjir di enam negeri semakin buruk apabila seramai 17,505 mangsa daripada 5,115 keluarga ditempatkan di 277 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi Isnin.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 9,731 orang diikuti Johor dengan 6,309 orang manakala Terengganu (809), Kelantan (306), Perak (234) dan Selangor (116).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Isnin.

Sementara itu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir di Kelantan membabitkan beberapa kawasan di daerah Kuala Krai mulai jam 6 pagi pada Selasa.

Semua penduduk terutama di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Artikel Berkaitan: