Mangsa banjir di Pahang cecah hampir 10,000

NIK AMIRULMU'MIN NIK MIN

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Rumpia, Beserah yang terjejas banjir.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Rumpia, Beserah yang terjejas banjir.
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang berjumlah seramai 9,684 orang daripada 3,044 keluarga sehingga jam 10.30 pagi pada Isnin.

Berdasarkan laporan InfoBencanaJKM, sebanyak 192 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah terjejas, Kuantan, Pekan, Raub, Maran, Bentong, Temerloh, Jerantut, Rompin dan Lipis.

Bagi daerah Kuantan, sebanyak 34 PPS menempatkan 2,541 mangsa daripada 685 keluarga sementara di daerah 13 PPS di Temerloh dengan bilangan mangsa 577 daripada 152 keluarga.

Laporan itu juga menyebut seramai 219 mangsa daripada 54 keluarga mangsa banjir di Bentong kini berada di tiga PPS.

Maran yang menjadi antara daerah yang terjejas teruk pada banjir gelombang ketiga di Pahang menempatkan 1,858 mangsa daripada 1,027 keluarga di 36 PPS yang dibuka di daerah itu.

Bagi daerah Rompin, lapan PPS dibuka ketika ini menempatkan 707 mangsa daripada 186 keluarga manakala di Pekan 133 mangsa daripada 29 keluarga kini berada di enam PPS.

Seramai 1,493 mangsa banjir di daerah Raub melibatkan 424 keluarga berada di 46 PPS di daerah itu.

Sebanyak 24 PPS dibuka di Raub yang kini menempatkan 1,097 mangsa daripada 220 keluarga sementara di Lipis 22 PPS dibuka dengan bilangan mangsa di daerah itu seramai 1,062 daripada 267 keluarga.

Artikel Berkaitan: