Jumlah mangsa banjir Johor meningkat kepada 7,112

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu penduduk yang terjejas rumah mereka akibat banjir ke pusat pemindahan sementara di Kota Tinggi pada Ahad.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu penduduk yang terjejas rumah mereka akibat banjir ke pusat pemindahan sementara di Kota Tinggi pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan apabila mencatatkan 7,112 orang daripada 1,854 keluarga setakat jam 8 pagi Isnin.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu bertambah berbanding 6,391 mangsa banjir daripada 1,641 keluarga pada jam 8 malam pada Ahad.

"Sebanyak 68 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di lapan daerah terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.

"Daerah terbaharu mengalami banjir adalah di Segamat yang melibatkan 65 mangsa daripada 17 keluarga dari tiga buah kampung," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin

Katanya, Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas melibatkan 2,527 mangsa banjir daripada 691 keluarga dipindahkan ke 19 PPS.

Artikel Berkaitan: