TNB tutup 91 pencawang di Pahang, Johor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan 91 pencawang elektrik di Pahang dan Johor berikutan banjir.

Menurut kenyataan daripada TNB pada Ahad, penutupan bekalan elektrik di Pahang melibatkan 67 pencawang iaitu Jengka, Maran, Jerantut dan Raub.

Sebanyak 24 pencawang di Johor melibatkan Johor Bahru, Kulai, Johor Jaya, Kota Tinggi dan Kluang juga dihentikan operasinya demi keselamatan.

“Seramai 2,300 pengguna di Pahang dan 3,900 pengguna di Johor belum mendapat bekalan elektrik semula.

“Bilik Gerakan TNB di negeri Johor dan Pahang juga telah diaktifkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Tambah TNB, para pengguna di kawasan banjir dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pemasangan TNB yang beralih atau tumbang.

Artikel Berkaitan: