PPS Kampung Sungai Selisek dibuka, tempatkan 190 mangsa banjir

Rumah penduduk di Hulu Selangor ditenggelami air susulan hujan berterusan pada Ahad.
Rumah penduduk di Hulu Selangor ditenggelami air susulan hujan berterusan pada Ahad.
A
A
A

HULU SELANGOR - Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Selisek di sini dibuka pada Ahad bagi menempatkan 190 penduduk di empat buah kampung yang rumah mereka ditenggelami air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua mereka adalah daripada Kampung Sekolah melibatkan 85 mangsa, Kampung Masjid (40 mangsa), Kampung Paya Lebar (20 mangsa) dan Kampung Sungai Nilam (45 mangsa).

Menurut beliau, laporan kejadian diterima pada jam 4.07 petang sebelum Pasukan Bomba Sukarela Hulu Bernam Utara tiba 13 minit kemudian, disusuli anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu pada jam 5.11 petang.

"Kejadian banjir menyebabkan beberapa buah rumah penduduk dinaiki air dan terdapat antara penduduk meninggalkan rumah dengan menumpang di rumah saudara terdekat.

"Tempat pemindahan telah disediakan tetapi setakat ini belum ada penghuni berada di sana," katanya.

Rumah penduduk di Hulu Selangor ditenggelami air susulan hujan berterusan pada Ahad.
Rumah penduduk di Hulu Selangor ditenggelami air susulan hujan berterusan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: