Lamar kekasih guna sut PPE

Gambar dimuat naik di Facebook itu turut menjadi tular. - Foto Agensi
Gambar dimuat naik di Facebook itu turut menjadi tular. - Foto Agensi
A
A
A

ROM - Seorang kakitangan perubatan yang bertugas di barisan hadapan di Itali mengambil peluang untuk melamar kekasihnya sempena ketibaan tahun baharu.

Gelagat jururawat lelaki di sebuah hospital di selatan negara itu turut menjadi tular di media sosial selepas dia menggunakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) untuk detik romantis tersebut.

Detik 'sweet' yang dikongsi Giuseppe Pungente itu telah mendapat lebih 500 tanda 'like' sehingga Sabtu.

Gambar tersebut memaparkan Pungente berdiri di koridor wad pernafasan hospital Ostuni di Puglia dan di bahagian belakang tubuhnya tertera 'Carmeli, sudikah awak mengahwini saya? dan 'ya' serta 'tidak' di bawah ayat tersebut.

Teman wanitanya akhirnya membalas di bawah gambar itu dengan tulisan 'Ya' disusuli dengan tujuh emoji hati (love).

Menerusi status di Facebook pada tahun baharu, Pungente menulis tugasnya yang terlibat dengan usaha memerangi Covid-19 selain pulih daripada jangkitan wabak itu telah memberi inspirasi tentang kehidupan sebenar.

"Seperti teman rapat, keluarga dan masa depan bersama kamu, Carmen Pinto," ujarnya.

Difahamkan, Pungente dijangkiti virus itu ketika pandemik tersebut mula menular di Itali pada Mac 2020. - AFP

Artikel Berkaitan: