United Kingdom benar campur vaksin Covid-19

Pada minggu lalu, UK mengumumkan pendekatan kontroversi untuk menangguhkan pemberian suntikan dos kedua sehingga 12 minggu walaupun tempoh disarankan adalah selepas beberapa minggu suntikan dos pertama. - Foto: Agensi
Pada minggu lalu, UK mengumumkan pendekatan kontroversi untuk menangguhkan pemberian suntikan dos kedua sehingga 12 minggu walaupun tempoh disarankan adalah selepas beberapa minggu suntikan dos pertama. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - United Kingdom (UK) akan membenarkan pengambilan suntikan dos vaksin Covid-19 berbeza walaupun masih tiada bukti menunjukkan langkah seperti itu dapat meningkatkan sistem imun tubuh.

Kerajaan memaklumkan individu boleh mendapatkan suntikan ‘campur dan padan’ jika dos vaksin yang sama kehabisan stok.

“Ia bagi melengkapkan pemberian suntikan dua dos jika situasi seperti itu berlaku,” menurut garis panduan yang dikeluarkan menjelang Tahun Baharu.

Sementara itu, Ketua Imunisasi Jabatan Kesihatan Awam England, Mary Ramsay berkata, suntikan dua dos vaksin berbeza itu mungkin berlaku pada satu situasi yang tidak dapat dielakkan memandangkan kerajaan tidak menyarankan percampuran vaksin.

Bulan lalu, UK menjadi negara pertama di dunia meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca-Oxford untuk kegunaan kecemasan yang perlu diberikan dua dos secara berselang, namun penghasilan kedua-duanya bukan untuk ‘campur dan padan’.

Pada Jumaat, Turki merekodkan 15 kes jangkitan yang ada kaitan dengan varian baharu, B.1.1.7 yang dikesan di UK dan lebih mudah merebak.

Ankara mengesahkan kesemua kes jangkitan itu membabitkan individu yang pulang dari UK dan kesemuanya telah dikenakan kuarantin selain pengesanan kontak rapat mereka.

Penemuan itu menjadikan jumlah negara yang telah mencatatkan kes virus bermutasi berasal dari London kini telah mencecah 33 buah negara termasuk di rantau Asia dan benua Eropah. - Agensi

Artikel Berkaitan: