Amaran cuaca bahaya, buruk di beberapa negeri

MetMalaysia
MetMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Isnin.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 8.35 malam memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu melibatkan daerah Kemaman, manakala Pahang di Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain daerah Mersing di Johor.

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan daerah Dungun di Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Bera) manakala daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dikeluarkan bagi Kelantan serta Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Keadaan cuaca sama juga diramalkan sehingga Isnin melibatkan daerah Kinta, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor; daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor selain Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan: