Pemandu masih hilang, hanya kereta ditemui

Kereta yang hanyut ditemukan namun pemandunya masih hilang sehingga kini dalam kejadian di Jalan Kluang-Kahang, Kluang pada Ahad.
Kereta yang hanyut ditemukan namun pemandunya masih hilang sehingga kini dalam kejadian di Jalan Kluang-Kahang, Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hanyut bersama-sama kereta dipandunya ketika meredah banjir di Jalan Kluang-Kahang di sini pada Sabtu hanya menemukan keretanya pada petang Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, pemandu kereta Proton Waja, Md Rajihan Junaidi, 28, masih hilang sehingga kini.

"Pihak bomba bertindak membuat operasi SAR dengan menggunakan teknik 'Surface Searching' di sekitar lokasi mangsa dipercayai hilang dengan kedalaman parit lebih kurang 15 kaki dan jarak pencarian 100 meter.

"Kita menggunakan peralatan khas iaitu 'gripping iron' besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa sebelum berjaya dikesan dan dinaikkan ke darat pada jam 6.10 petang oleh polis Kahang.

"Mangsa bagaimanapun didapati tiada dalam kereta tersebut. Pihak polis Kahang menunda kereta tersebut ke Balai Polis Kahang untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hanyut bersama kereta ketika redah banjir

Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui jalan tersebut yang dinaiki air.

Semasa mengharungi air banjir, isterinya sempat turun dari kereta untuk menyelamatkan diri, manakala suaminya hanyut bersama keretanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Akob berkata, kereta berkenaan terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang masih hilang selepas hanyut bersama-sama keretanya di Jalan Kluang-Kahang, Kluang pada Ahad.
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang masih hilang selepas hanyut bersama-sama keretanya di Jalan Kluang-Kahang, Kluang pada Ahad.

Katanya, operasi SAR tidak dapat dilakukan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus deras.

Menurutnya, seramai 12 anggota dari BBP Kluang dengan sebuah utiliti jenis Toyota Hilux, sebuah lori, satu bot aluminium dan satu bot fiber terlibat dalam SAR itu yang disambung semula jam 10.30 pagi.

Katanya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang.