Choong Hann positif Covid-19

Wong Choong Hann - Foto Bernama
Wong Choong Hann - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann didapati positif Covid-19 selepas menjalani saringan.

Choong Hann yang tidak bergejala kini menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut kenyataan dikeluarkan BAM, sejumlah 39 pemain dan jurulatih menjalani ujian swab mandatori prapertandingan didapati negatif kecuali Choong Hann.

Bagaimanapun, pasukan badminton Malaysia diberi kebenaran untuk berlepas ke Bangkok, Thailand untuk menyertai pertandingan Jelajah Peringkat Asian Persekutuan Badminton Dunia (BWF), seperti yang dijadualkan esok.

“Pemain Malaysia kekal komited dan bertekad untuk memberikan yang terbaik buat negara. Selain itu adalah menjadi hasrat Choong Hann melihat pemain menerapkan kerja keras mereka sepanjang latihan berbulan-bulan di Akademi Badminton Malaysia dan bertanding di dalam kejohanan pertama mereka di Thailand,” kata kenyataan itu.

Pasukan Malaysia akan menjalani kuarantin sehingga 11 Januari ini seperti yang diperlukan dalam kejohanan Terbuka Thailand Yonex dari 12 hingga 17 Jan diikuti dengan Terbuka Thailand Toyota dari 19 hingga 24 Januari ini.

Mereka juga perlu menjalani ujian swab bersiri sebaik sahaja tiba, hari keempat, hari kesembilan, hari ke-13 dan ke-18 di Thailand.

Jika layak ke final Jelajah Dunia BWF, ujian swab akan dilakukan lagi pada hari ke-22 dan ke-26 sebelum pulang dan pasukan negara juga akan menjalani saringan tiga hari sebelum berlepas pulang.

Artikel Berkaitan:

BAM juga berkata, proses sanitasi dilakukan secara teliti di ABM Bukit Kiara pada Ahad. - Bernama