Seorang maut, tiga cedera kereta terbalik

Kemalangan berlaku di Kilometer 14.5 Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sekitar jam 10 pagi tadi.
Kemalangan berlaku di Kilometer 14.5 Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sekitar jam 10 pagi tadi.
A
A
A

GOMBAK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut sementara ibu bapa serta abangnya cedera dalam kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sekitar jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kereta jenis Nissan Almera dinaiki empat beranak itu dipercayai dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Ampang.

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas kereta dipandu bapa mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.

"Pemandu berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Sementara isterinya, 43 tahun dan seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: