Banjir: Bomba pindah wanita sarat mengandung dengan helikopter

Anggota bomba memindahkan seorang wanita yang sarat mengandung dengan menggunakan helikopter dari Ladang Sungai Tawing ke SM Sains Sembrong, Kluang pada Ahad.
Anggota bomba memindahkan seorang wanita yang sarat mengandung dengan menggunakan helikopter dari Ladang Sungai Tawing ke SM Sains Sembrong, Kluang pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Anggota bomba dan penyelamat memindahkan seorang wanita yang sarat mengandung dengan menggunakan helikopter dari Ladang Sungai Tawing ke Sekolah Menengah (SM) Sains Sembrong dekat sini pada Ahad.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Bomba, Khairul Hisyam Hamim berkata, wanita berkenaan selamat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah itu pada jam 4 petang.

"Sebaik tiba SM Sains Sembrong, wanita yang dijadualkan bersalin dalam masa dua hari lagi dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

"Selain itu, kita turut membawa suami dan dua anaknya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Setakat jam 4 petang pada Ahad, bilangan mangsa banjir di Johor terus bertambah melibatkan 6,557 orang daripada 1,694 keluarga.

Khairul Hisyam berkata, sebelum itu, anggota bomba membawa bekalan makanan dari SM berkenaan ke PPS di SMK Kahang menerusi penerbangan pertama pada jam 3.10 petang.

Katanya, bekalan makanan tersebut akan diagihkan kepada PPS di sini berikutan terdapat beberapa kawasan terputus akibat banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: Air pasang dijangka burukkan banjir di Johor

Artikel Berkaitan:

6,248 dipindahkan, mangsa banjir di Johor terus meningkat