Banjir: Menteri Besar minta penduduk Pahang hati-hati

Wan Rosdy meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa yang terjejas sekitar daerah Raub pada Ahad.
Wan Rosdy meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa yang terjejas sekitar daerah Raub pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta penduduk di kawasan terjejas banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan pengawasan keselamatan terutama kanak-kanak dan warga emas.

Menurutnya, ia berikutan beberapa daerah di Pahang mula dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu.

Dalam satu kenyataan pada Ahad Wan Rosdy berkata, beberapa kawasan di Pahang sudah berlaku banjir dan orang ramai diminta sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengajak rakyat negeri tersebut untuk sama-sama berdoa agar dijauhkan daripada bencana yang tidak diingini.

Terdahulu, beliau melawat lima keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Batu Talam dan penduduk di Taman Amalina Perdana,Raub yang terjejas banjir.

Banjir di Pahang bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan kini mencecah 2,191 orang daripada 556 keluarga sehingga jam 4.30 petang pada Ahad.

Sebanyak 59 PPS dibuka melibatkan sembilan daerah terjejas.

Berdasarkan portal InfoBencanaJKM, tujuh PPS dibuka di Kuantan menempatkan 595 mangsa daripada 151 keluarga.

Artikel Berkaitan:

Temerloh lima PPS (180 mangsa, 54 keluarga), Bentong satu PPS dibuka (45 mangsa, lapan keluarga), Maran empat PPS(434 mangsa, 120 keluarga), Rompin enam PPS (332 mangsa, 89 keluarga), Pekan dua PPS (45 mangsa, 12 keluarga),Raub 26 PPS (254 mangsa,67 keluarga),Jerantut enam PPS (271 mangsa,66 keluarga) dan Lipis, dua PPS(35 mangsa,12 keluarga).

Wan Rosdy meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa yang terjejas sekitar daerah Raub pada Ahad.
Wan Rosdy meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa yang terjejas sekitar daerah Raub pada Ahad.