Kukuh kerjasama, elak sejarah PRU14 berulang: Ismail Sabri

ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI
A
A
A

BERA - Usaha memperkukuh kerjasama parti Melayu dan Islam perlu diperhebatkan supaya tidak berlaku perpecahan yang boleh menyebabkan sejarah Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018 berulang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, formula sesuai diperlukan bagi memastikan tidak berlaku pertembungan antara parti-parti terlibat pada PRU akan datang.

"Saya difahamkan setakat ini, rundingan kerusi masih lagi dilakukan kerana kita cuba mengelak pertembungan antara UMNO, PAS dan Bersatu dan saya percaya perbincangan akan dilakukan dengan sebaik mungkin," katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Pertahanan) berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas di sini pada Ahad.

Beliau juga memaklumkan UMNO Bera akan terus menyokong mana-mana parti yang memperjuangkan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera, selain berpegang kepada ketetapan 'No DAP, No Anwar'. - Bernama

Artikel Berkaitan: