Kembali Teguh bantu anak-anak B40

Jalinan kerjasama ‘Kembali Teguh’ Tesco, Yayasan PINTAR dan Unilever terbukti demi anak-anak B40. Dari kiri: Sabri, Azliza dan Jay Go.
Jalinan kerjasama ‘Kembali Teguh’ Tesco, Yayasan PINTAR dan Unilever terbukti demi anak-anak B40. Dari kiri: Sabri, Azliza dan Jay Go.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tidak dapat dinafikan, pandemik Covid-19 telah membentuk kembali pengalaman kolektif kita tahun lalu. Dari segi ekonomi, banyak yang hilang sumber pendapatan pada masa-masa sukar ini terutamanya kalangan keluarga B40.

Memahami keadaan anak-anak B40 yang kurang bernasib baik kerana wabak Covid-19, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Unilever Malaysia dan Yayasan PINTAR (PINTAR) bekerjasama untuk memberi semangat dan membantu musim kembali ke sekolah melalui program 'Kembali Teguh'.

Program Kembali Teguh terdiri daripada dua komponen. Pertama, memastikan bahawa pelajar-pelajar dilengkapi secara fizikal untuk sekolah, di mana Tesco akan menyediakan kit kembali ke sekolah yang terdiri daripada beg, pakaian seragam, kasut, stoking dan alat tulis.

Sementara Unilever menyediakan baucar Tesco bernilai RM100 untuk setiap pelajar menerusi dana ‘Donate to Help’ yang berlangsung di gedung Tesco dari 19 November hingga 2 Disember 2020.

Untuk setiap pembelian produk Unilever gabungan melebihi RM35 dalam satu resit, RM1 disalurkan ke dana berkenaan dan kini diserahkan sebagai baucar kepada pelajar terbabit.

Sebagai tambahan, PINTAR akan menyediakan kit Covid-19 yang terdiri daripada pelitup muka, pembersih tangan, tisu basah dan sabun tangan untuk memastikan pelajar kekal selamat dan sihat semasa di sekolah. Jenama kepakaran kebersihan Unilever, Lifebuoy, juga akan menyumbang kepada kit Covid-19 dengan menyediakan pembersih tangan 50ml.

Bahagian kedua program ini dirancang untuk memastikan murid-murid dilengkapi mental dan emosi selain termotivasi untuk menghadiri kelas setelah tahun persekolahan terganggu kerana wabak tersebut.

Beberapa topik dalam sesi bengkel merangkumi kebiasaan berfikiran positif, mengembangkan kekuatan peribadi dan penetapan tujuan untuk menanamkan keyakinan, termasuk menyuntik elemen kemahiran hidup melalui modul bagaimana menjadi pembeli yang selamat dan pintar.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco, Azliza Azmel berkata, tahun lalu adalah tahun yang sangat mencabar bagi semua orang lebih-lebih lagi anak-anak kurang mampu ini yang keluarganya terjejas akibat wabak tersebut.

Justeru itu katanya, dalam menghayati nilai 'Every Little Helps Makes a Big Difference', pihaknya bekerjasama dengan Unilever dan PINTAR untuk memastikan anak-anak ini dilengkapi dengan fizikal untuk tahun persekolahan baharu.

Barangan dan peralatan antara yang dijadikan sumbangan untuk melengkapkan pogram kembali ke sekolah.
Barangan dan peralatan antara yang dijadikan sumbangan untuk melengkapkan pogram kembali ke sekolah.

Dalam masa sama, juga bersedia secara mental dengan mengajar mereka kemahiran yang diperlukan untuk terus termotivasi di sekolah dan juga petua pentingnya menjadi pembeli pintar.

"Kami telah bekerjasama dengan Unilever dan PINTAR secara berasingan pada masa lalu dengan hasil yang luar biasa. Namun kini, kami percaya dengan memanfaatkan setiap kekuatan kami secara kolektif, kami dapat menghasilkan impak yang lebih besar lagi bagi anak-anak yang sangat memerlukannya, ” katanya.

Kumpul dana

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Pelanggan Unilever Malaysia, Jay Go berkata, ini

adalah tahun ketiga pihaknya bekerjasama dengan Tesco untuk Tabung Bantuan Unilever Donate to Help yang telah mengumpulkan RM100,000 untuk pelajar kurang mampu di rangkaian Sekolah Angkat Tesco di seluruh Malaysia.

“Dana ini membolehkan pengguna bergabung dengan kami dalam membantu anak-anak yang memerlukan melalui pembelian jenama kami di Tesco, " katanya.

Selain pendidikan katanya, fokus Unilever adalah melindungi kehidupan dan penghidupan sejak awal Covid-19. Lifebuoy telah menyediakan pembersih tangan, cecair pencuci tangan dan papan pesanan infografik di 63 Sekolah Angkat Tesco.

Ini adalah kali keempat Lifebuoy dan Tesco bekerjasama untuk mendidik pelajar mengenai manfaat pencucian tangan yang sempurna dan kebersihan yang betul apatah lagi semasa pandemik Covid-19.

“Kerjasama ini tidak berhenti di sini. Bersama Tesco dan PINTAR, Lifebuoy akan menyalurkan maklumat pentingnya kebersihan tangan melalui Program Kembali Teguh,” katanya.

Sementara itu, PINTAR gembira dapat bekerjasama dengan Tesco sejak tahun 2017 di 63 sekolah angkat melalui Program Sekolah Angkat PINTAR.

Melalui perkongsian ini, Tesco telah membantu memperkayakan sekitar 57,000 pelajar melalui pendidikan, kesihatan dan kesedaran pemakanan yang baik serta aktiviti melibatkan kehijauan.

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR, Sabri Ab Rahman berkata, Yayasan PINTAR mempunyai visi untuk memberi inspirasi kepada anak muda menjadi warga negara yang bertanggungjawab melalui konsep PINTAR.

“Kami berusaha untuk terus membina kerjasama dengan syarikat, badan bukan kerajaan, rakan kongsi dan kerajaan untuk meningkatkan motivasi dan kejayaan pelajar yang berprestasi rendah melalui pendidikan.

“Tesco telah menjadi salah satu ahli kami yang paling aktif dan kami gembira dapat bekerjasama lagi dengan Tesco Malaysia untuk membawa program 'Kembali Teguh' kepada anak-anak PINTAR kurang bernasib baik di seluruh negara bagi mulakan tahun persekolahan mereka yang tertinggal setahun yang lalu, ” katanya.

Menurutnya, tanggungjawab untuk membantu mereka yang terjejas teruk adalah penting. Kerjasama dengan syarikat korporat dan inisiatif seperti program 'Kembali Teguh' akan membantu komuniti B40 di Malaysia.

Program Kembali Teguh akan dimulakan pada 20 Januari 2021 dengan pengedaran kit kembali ke sekolah dan kit Covid-19 serta baucar, sementara bengkel akan berlangsung sepanjang suku pertama 2021. Secara kolektif, 1,000 murid B40 dari 25 Sekolah Angkat Tesco akan mendapat manfaat daripada program ini.