Pas beri laluan BN tanding di Gombak pada PRU15

Salehuddin (tiga dari kanan) menghadiahkan sebilah keris kepada Megat Zulkarnain sebagai tanda persahabatan antara Pas dan UMNO.
Salehuddin (tiga dari kanan) menghadiahkan sebilah keris kepada Megat Zulkarnain sebagai tanda persahabatan antara Pas dan UMNO.
A
A
A

GOMBAK - Pas Gombak memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Nasir berkata, keputusan itu bagi menjaga perpaduan dalam Muafakat Nasional selain menjadi kekuatan kepada perjuangan gabungan itu untuk mendepani PRU15.

Menurutnya, hasrat tersebut telah disuarakan kepada pucuk pimpinan Pas Selangor secara rasmi untuk membuat keputusan.

"Pas kawasan Gombak telah bersetuju dan memutuskan Parlimen Gombak akan ditandingi calon BN.

"Insya-ALLAH kita mempunyai kekuatan dan mereka (pihak lawan) tidak boleh berbuat apa-apa. Ini jaminan Pas kawasan kepada UMNO Gombak, " katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak kali ke-26 2020.

Salehuddin (empat dari kiri) dan Megat Zulkarnain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak kali ke-26 2020.
Salehuddin (empat dari kiri) dan Megat Zulkarnain memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak kali ke-26 2020.

Hadir sama, Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua MIC Gombak, S Sugumaran dan Ketua MCA, Lawrence Yip.

Dalam ucapan itu, beliau mendedahkan ada cubaan memberikan tawaran kewangan untuk mengganggu kerjasama Muafakat Nasional, namun Pas kekal pendirian dalam perjuangan gabungan itu.

Artikel Berkaitan:

"Sudah ada gerakan daripada pihak tertentu bertemu dengan saya untuk menyogok wang yang banyak.

"Namun, saya nyatakan terus terang dan secara tegas, saya tidak akan jual perjuangan ini. Saya akan tentang mereka habis-habisan," katanya.