Amaran hujan lebat di beberapa negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang sehingga Selasa ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 11.40 pagi ini memaklumkan di Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun, manakala di Pahang ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan daerah Kemaman di Terengganu, Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Bera) dan daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga esok turut dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor).

“Situasi sama juga dijangka berlaku di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat,” menurut kenyataan itu.

Amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat (torrential rain) pula dijangka berterusan di Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Mersing di Johor, pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: