Banjir di Pahang bertambah buruk

Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak daripada 180 mangsa pada jam 11 pagi kepada 456 mangsa sehingga jam 1 tengah hari pada Ahad.
Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak daripada 180 mangsa pada jam 11 pagi kepada 456 mangsa sehingga jam 1 tengah hari pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat secara mendadak daripada 180 mangsa pada jam 11 pagi kepada 456 mangsa sehingga jam 1 tengah hari pada Ahad.

Berdasarkan laporan portal InfoBencanaJKM sehingga tengah hari, sebanyak 25 PPS dibuka di lima daerah yang terjejas dengan 13 daripadanya sudah menempatkan mangsa banjir melibatkan 124 keluarga yang terjejas.

Dua PPS dibuka di daerah Maran menempatkan 120 mangsa daripada 34 keluarga.

PPS Kampung Jara yang dibuka sejak Jumaat menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga, manakala PPS Surau Sungai Jerik yang dibuka pada Ahad menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga.

Bagi daerah Rompin, lima PPS dibuka iaitu di PPS Balai Raya Kampung Bukit Lepas dengan 44 mangsa daripada 12 keluarga, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian (12 mangsa, tiga keluarga), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (109 mangsa, 34 keluarga), Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (enam mangsa, dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Jawa (sembilan mangsa, empat keluarga).

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di Jerantut dengan 114 mangsa daripada 23 keluarga kini ditempatkan di Dewan JKKK Felda Kota Gelanggi satu.

Di daerah Raub, dua PPS dibuka di daerah Raub menempatkan 31 mangsa daripada 11 keluarga.

PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam (tiga mangsa) dan surau Kampung Peruas (28 mangsa, lapan keluarga).

Artikel Berkaitan:

Banjir turut melanda daerah Temerloh dengan 17 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

PPS Dewan Belia Paya Luas menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga, Dewan Terbuka Taman Pulai Idaman (enam mangsa, satu keluarga) dan Dewan JKKK Sungai Gau (satu mangsa).

Beberapa laluan dilaporkan mula dinaiki air termasuk di Kilometer 198 Lebuh Raya Pantai Timur1 (LPT1) di kedua arah dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, penduduk Taman Gambang Damai di sini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran limpahan air yang berlaku di kawasan perumahan itu sejak pagi Ahad.

Seorang penduduk, Noor Syazuan Zulkifli, 36, berkata, air mula naik di kawasan itu ekoran limpahan air dari sungai berhampiran disebabkan hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

"Buat masa sekarang, beberapa kawasan di kawasan itu dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter.

"Laluan Jalan Kuantan-Maran berhampiran perumahan ini terputus perhubungan selepas dinaiki air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.