X

Kindly register in order to view this article
!

Puad sokong UMNO lawan Muhyiddin di Pagoh

Tangkap layar Facebook Mohd Puad.
A
A

SHAH ALAM - Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong hasrat UMNO Pagoh untuk meletakkan calon di Parlimen Pagoh yang kini disandang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, beliau juga menyokong keputusan UMNO Pagoh untuk meletakkan calon di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ketetapan itu dibuat dalam persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh pada Sabtu.

Sebelum ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan, UMNO akan meletakkan calon sendiri di Parlimen Pagoh pada PRU15, sekali gus menandakan Muhyiddin akan dicabar parti daripada Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, kawasan Bukit Kepong dan Bukit Pasir merupakan dua kerusi DUN di bawah Parlimen Pagoh yang kini disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Bersatu memenangi kerusi Parlimen Pagoh dengan memperoleh 23,558 undi menentang UMNO (16,631) dan Pas (2,483) undi.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO Johor 'restu' Muhyiddin bertanding lagi di Pagoh


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!