53 buah keluarga dipindahkan akibat banjir

Keadaan Jalan Kuantan-Maran berhampiran Bukit Gambang Resort di sini yang terputus akibat limpahan air pada Ahad.
Keadaan Jalan Kuantan-Maran berhampiran Bukit Gambang Resort di sini yang terputus akibat limpahan air pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 180 mangsa daripada 53 keluarga kini berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran kejadian banjir di tiga daerah di negeri ini.

Berdasarkan laporan portal InfoBencanaJKM sehingga jam 11 pagi Ahad, dua PPS dibuka di daerah Maran menempatkan 120 mangsa daripada 34 keluarga.

Sementara itu, di PPS Surau Sungai Jerik yang dibuka pada Ahad menempatkan 76 mangsa daripada 21 keluarga.

Keadaan banjir di Taman Gambang Damai ekoran hujan lebat sejak Sabtu.
Keadaan banjir di Taman Gambang Damai ekoran hujan lebat sejak Sabtu.

Bagi daerah Rompin, 21 mangsa daripada enam keluarga kini berada di PPS Balai Raya Kampung Bukit Lepas.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pontian menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, Dewan Orang Ramai Bukit Ibam dan PPS Kampung Setajam difahamkan dalam keadaan sedia untuk sebarang kemungkinan.

Berdasarkan laporan portal itu, empat PPS dibuka di daerah Raub menempatkan 30 mangsa daripada 10 keluarga.

Artikel Berkaitan:

PPS Balai UMNO Kampung Batu Talam (tiga mangsa) dan surau Kampung Peruas (28 mangsa, tiga keluarga).

Beberapa laluan dilaporkan mula dinaiki air termasuk di Kilometer 198 Lebuh Raya Pantai Timur1 (LPT1) di kedua arah dan ditutup kepada semua kenderaan.

Deretan kedai di Taman Gambang Damai yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak Sabtu.
Deretan kedai di Taman Gambang Damai yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak Sabtu.

Sementara itu, penduduk Taman Gambang Damai di sini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran limpahan air yang berlaku di kawasan perumahan itu sejak pagi Ahad.

Seorang penduduk, Noor Syazuan Zulkifli, 36, berkata, air mula naik di kawasan itu ekoran limpahan air dari sungai berhampiran disebabkan hujan lebat berterusan sejak Sabtu.

"Buat masa sekarang, beberapa kawasan itu dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter.

"Laluan Jalan Kuantan-Maran berhampiran perumahan ini terputus perhubungan selepas dinaiki air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.