Beberapa lokasi di Pahang dilanda banjir kilat

Banjir kilat di jalan besar Felda Jengka 14 memutuskan hubungan antara felda tersebut untuk ke Bandar Pusat Jengka. - Sumber foto/ Ihsan: Siti Salwa Hassan utk SH
Banjir kilat di jalan besar Felda Jengka 14 memutuskan hubungan antara felda tersebut untuk ke Bandar Pusat Jengka. - Sumber foto/ Ihsan: Siti Salwa Hassan utk SH
A
A
A

KUANTAN - Beberapa lokasi di Pahang dilaporkan dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam sejak malam Sabtu.

Antaranya bandar Maran, Felda Jengka 14 dan 15, Taman Wira, Mat Kilau 2, Jerantut dan Kuala Sentul.

Maklumat diperoleh berdasarkan beberapa sumber video dan gambar yang tular menerusi kumpulan WhatsApp komuniti pada Ahad.

Banjir kilat di jalan besar Felda Jengka 14. - Foto ihsan Siti Salwa Hassan
Banjir kilat di jalan besar Felda Jengka 14. - Foto ihsan Siti Salwa Hassan



Banjir kilat di Taman Wira, Jerantut. - Foto ihsan Mazidah Ibrahim
Banjir kilat di Taman Wira, Jerantut. - Foto ihsan Mazidah Ibrahim

Tinjauan Sinar Harian mendapati sekitar daerah Kuantan seperti Jalan Bukit Ubi, Bukit Sekilau dan Galing turut berlaku limpahan air setakat jam 11.30 pagi Ahad.

Sementara itu, menurut Portal Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar Dan Air, amaran cuaca telah disiarkan pada jam 7.40 pagi.

Amaran menyebut, cuaca berada di paras bahaya bagi daerah Pekan serta Rompin dan hujan lebat dijangka berterusan di dua daerah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keadaan di Kampung Luit, Maran - Foto ihsan Wan Norbahiyah Wan Ibrahim
Keadaan di Kampung Luit, Maran - Foto ihsan Wan Norbahiyah Wan Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran cuaca buruk di beberapa kawasan di Pahang, Johor

Amaran cuaca buruk pula disebut berlaku di Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera pada Ahad manakala tanah tinggi Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut berada di paras waspada.

Bandar Maran berdekatan jambatan di Balai Polis Trafik Maran pada Ahad. - Foto ihsan Zamilah Hamzah
Bandar Maran berdekatan jambatan di Balai Polis Trafik Maran pada Ahad. - Foto ihsan Zamilah Hamzah

Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikeluarkan dan perairan Pahang di sebelah Tioman berada di kategori ketiga iaitu paras ombak dijangka melebihi 4.5 meter dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam.