Peniaga kantin nak beli lori kena tipu RM9,830

Mangsa tertarik untuk membeli van selepas melihat iklan dipaparkan di laman sosial.
Mangsa tertarik untuk membeli van selepas melihat iklan dipaparkan di laman sosial.
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga kantin membuat laporan polis mendakwa ditipu dalam urusan jual beli kenderaan hingga kerugian RM9,830 pada Sabtu.

Mangsa berusia 47 tahun itu mendakwa van jenis Toyota Hiace yang dibeli sepatutnya diserahkan selepas sambutan Krismas lalu namun masih belum menerimanya sehingga laporan polis itu dibuat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan van yang ditawarkan pada harga RM16,000 itu selepas melihat iklan melalui laman sosial Facebook pada penghujung Oktober tahun lalu.

Menurutnya, mangsa berminat untuk membeli dan berurusan dengan penjual melalui aplikasi WhatsApp.

"Mangsa diminta membayar wang pendahuluan RM2,300 sebagai tanda setuju dan dia membuat bayaran itu pada 2 November tahun lalu melalui akaun bank atas nama seorang lelaki.

"Mangsa juga diminta membuat bayaran untuk cukai jalan, insurans dan proses tukar nama selain sebahagian daripada bayaran untuk kenderaan itu," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat bayaran seperti diminta pada 11 November melalui akaun bank atas nama individu berbeza dengan jumlah bayaran RM7,530.

"Selepas bayaran diterima,mangsa dimaklumkan kenderaan itu akan dihantar selepas sambutan Krismas namun ia gagal diserahkan seperti yang dijanjikan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang curiga dan syak telah ditipu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Temerloh pada Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya lagi.