X

Kindly register in order to view this article
!

TNB peruntuk RM3 juta bantu persiapan sekolah pelajar

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM3 juta tahun ini bagi membantu keluarga yang memerlukan sebagai persiapan persekolahan anak mereka melalui program 'Ceria Ke Sekolah'.
A
A

KUALA NERANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan sebanyak RM3 juta tahun ini bagi membantu keluarga yang memerlukan sebagai persiapan persekolahan anak mereka melalui program 'Ceria Ke Sekolah'.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program yang bermula sejak tahun 2013 dan sebelum ini dikenali sebagai 'Kembali Ke Sekolah' telah memberi manfaat kepada 36,018 keluarga dengan perbelanjaan sebanyak RM7.5 juta.

"Program ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga yang memerlukan. Peruntukan ini bakal memberikan manfaat kepada kira-kira 20,000 pelajar di seluruh negara,"katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Komuniti, Kampung Padang Kerasak dekat sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pengagihan sumbangan tersebut akan bermula minggu kedua Januari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!