Kluster Batu 8 Tambunan berpunca daripada aktiviti sosial

Satu kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah pada Sabtu dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas. Gambar hiasan.
Satu kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah pada Sabtu dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas. Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah pada Sabtu dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster itu adalah sebanyak 52 kes.

"Kluster ini turut mencatatkan kes di dua daerah lain iaitu Ranau (tiga kes) dan Kota Belud (dua kes)," menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada Sabtu adalah 259 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes.

"Satu kes kematian dicatatkan di Sandakan. Seramai 281 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,154 orang.

"Sejumlah 1,720 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,099 orang di PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19).

“Bilangan pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," kata Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 kerajaan negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: