X

Kindly register in order to view this article
!

Da Silva penyerang baharu TFC

Da Silva secara rasmi diumumkan sebagai penyerang baharu TFC pada Sabtu
A
A

TEKA-teki mengenai siapa penyerang utama pasukan Terengganu FC (TFC) terjawab pada Sabtu apabila David Da Silva sah menyertai skuad Penyu untuk kempen Liga Malaysia (Liga-M) dan saingan Piala AFC 2021.

Menurut kenyataan TFC, pemain berusia 31 tahun dari Brazil itu mempunyai rekod cemerlang semasa membantu pasukan Persebaya muncul naib juara Liga 1 Indonesia pada 2019 dengan menghasilkan 14 jaringan daripada 17 perlawanan.

"David Da Silva telah menandatangani kontrak setahun bersama TFC. Berketinggian 185 sentimeter dan mempunyai rekod jaringan cemerlang ketika bersama pasukan lamanya (Persebaya), kami yakin beliau akan memberikan cabaran kepada pertahanan lawan di atas padang," kata TFC.

Sementara itu, ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain ketika dihubungi berkata, beliau amat teruja dengan kehadiran Da Silva sebagai penyerang utama TFC.

Katanya, Da Silva yang bakal menyarung jersi nombor 14 memiliki pakej lengkap sebagai penyerang berbisa dan diharap dapat membantu menajamkan bahagian serangan yang lompang ditinggalkan Dominique Da Silva.

"Saya harap dia dapat membantu kejayaan TFC seperti ketika dia berkhidmat bersama pasukan lain sebelum ini," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!