Maritim rampas 47 set bubu naga

Anggota Maritim merampas 47 set bubu naga di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam, Batu Pahat, pada Jumaat.
Anggota Maritim merampas 47 set bubu naga di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam, Batu Pahat, pada Jumaat.
A
A
A

BATU PAHAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Batu Pahat pada Jumaat merampas 47 set bubu naga di perairan daerah ini ketika rondaan Op Jaksa di sepanjang perairan Muar hingga Pontian.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad Othman berkata, kesemua bubu itu dirampas pada jam 3 selepas dikesan dipasang secara haram di lokasi kira-kira 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam.

"Bubu berkenaan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Antara 47 set bubu naga yang dirampas pihak APMM di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam, Batu Pahat pada Jumaat.
Antara 47 set bubu naga yang dirampas pihak APMM di lokasi lebih kurang 0.2 batu nautika barat laut muara Sungai Ayam, Batu Pahat pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tahun 2020, Zon Maritim Baru Pahat merekodkan 97 kes membabitkan bubu naga.

Beliau memberitahu, sebanyak 1,179 set bubu naga telah dirampas dengan anggaran nilainya berjumlah RM176,850.

"Situasi ini menggambarkan masih terdapat kelompok nelayan yang mengambil jalan mudah bagi meraih keuntungan tanpa memikirkan akibat kepada kelangsungan ekosistem perikanan negara serta mata pencarian nelayan tradisional yang lain," katanya.

Katanya, Maritim akan terus memantau aktiviti haram itu dari semasa ke semasa dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas seperti termaktub dalam Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi APMM menerusi talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Batu Pahat menerusi talian 07-4344020.