Lelaki maut langgar tiang elektrik

Mayat mangsa ketika dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas.
Mayat mangsa ketika dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu merempuh sebatang tiang elektrik di Jalan Kampung Meranti-Gelang Mas di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 9.06 malam itu, mangsa, Mohamad Hafiz Mohd Nor, 21, maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke Gelang Mas untuk balik ke rumahnya di Kampung Chat.

Setiba di lokasi kejadian di Kampung Meranti, motosikal yang ditunggangi mangsa telah hilang kawalan lalu masuk ke bahu jalan sebelah kiri dan terus melanggar tiang elektrik.

Kesan pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

Artikel Berkaitan: