X

Kindly register in order to view this article
!

Laut bergelora: Pantai Tok Bali, Bisikan Bayu dilarang aktiviti air

Angin kencang dan laut bergelora tidak menghalang pengunjung memenuhi Pantai Bisikan Bayu untuk beriadah.
A
A

PASIR PUTEH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh memberi amaran kepada semua pengunjung Pantai Tok Bali dan Bisikan Bayu supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di pesisir pantai kerana keadaan laut bergelora dan angin kencang.

Anggota APM sudah memasang bendera merah dan melakukan rondaan kerana ombak kini setinggi antara 3.5 hingga 4.5 meter manakala kelajuan angin antara 50 hingga 60 kilometer sejam.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, rondaan bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang itu turut memastikan orang ramai tidak mandi atau menangkap ikan.

Nik Mohd Nor berkata, sekiranya berdepan bahaya orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik sebaliknya terus menghubungi pusat kawalan APM di Pantai Tok Bali untuk bantuan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan ombak di pesisir Pantai Tok Bali dan Bisikan Bayu, Semerak bergelora dan bahaya untuk sebarang aktiviti.

Difahamkan fenomena itu berlarutan sehingga Ahad.

Sementara itu, seorang peniaga di Pantai Bisikan Bayu, Norasyikin Nordin, 22, berkata, fenomena angin kencang dan laut bergelora mula melanda kawasan berkenaan sejak Jumaat malam.

Katanya, walaupun berdepan fenomena angin kencang dia terpaksa meneruskan perniagaan kerana menjadi sumber pendapatan tetapnya.

"Bagaimanapun, saya tetap berwaspada dan peka dengan situasi semasa ketika ini," katanya.

Norasyikin berkata, kebanyakan pengunjung yang datang hanya berkelah dan mengambil 'angin' tanpa melakukan aktiviti di pesisir pantai.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!