Kes Covid-19 di Pulau Pinang meningkat hasil ujian saringan pekerja asing

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Peningkatan kes positif Covid-19 di Pulau Pinang adalah dijangka susulan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah meningkatkan ujian saringan dalam kalangan pekerja asing dan kontak rapat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain itu, faktor komitmen majikan dalam melaksanakan Program Saringan Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mewajibkan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kes positif.

Menurutnya, kes baharu Covid-19 mencecah 226 kes yang dilaporkan pada Jumaat adalah hasil saringan berterusan yang dijalankan sejak 9 Disember lalu dalam kalangan warga asing di tapak pembinaan dan kilang di seluruh Pulau Pinang.

"JKNPP memaklumkan bahawa daripada jumlah 226 kes itu, 185 kes adalah daripada kluster-kluster termasuk 110 kes membabitkan kluster terbaharu iaitu Kluster Rawa Akasia. Sehingga Jumaat, sebanyak sembilan kluster aktif dilaporkan di Pulau Pinang.

"Oleh itu, rakyat diminta terus kekal bertenang dan jangan alpa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12 dan Mukim 13," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Untuk rekod, 135,490 pekerja warga asing yang berdaftar dengan Perkeso akan menjalani ujian saringan secara berperingkat.

Kon Yeow berkata, majikan diminta untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan serta bertanggungjawab untuk sama-sama memutuskan rantaian wabak Covid-19 di tempat kerja secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan: