275 mangsa banjir di Johor dipindahkan ke PPS

KM63 dan KM73 Jalan Segamat-Kuantan di Segamat ditutup sementara bermula Jumaat bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih akibat tanah runtuh.
KM63 dan KM73 Jalan Segamat-Kuantan di Segamat ditutup sementara bermula Jumaat bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih akibat tanah runtuh.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 275 mangsa banjir daripada 66 buah keluarga di Johor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, daripada jumlah tersebut 185 melibatkan mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai.

Menurutnya, seramai 90 mangsa banjir lagi dari Kampung Laut Batu 10, Skudai dekat sini.

Hujan lebat lebih lapan jam mengakibatkan banjir di Kampung Laut, Batu 10, Skudai, Johor Bahru, pada Jumaat sebelum mereka dipindahkan ke PPS.
Hujan lebat lebih lapan jam mengakibatkan banjir di Kampung Laut, Batu 10, Skudai, Johor Bahru, pada Jumaat sebelum mereka dipindahkan ke PPS.

"Mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai dipindahkan ke PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Masai.

"Mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10 pula dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Batu 10," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, mereka dipindahkan selepas paras air naik mendadak di kawasan berkenaan selepas hujan lebat melebihi lapan jam serta pertembungan air laut pasang hingga menyebabkan banjir kilat.

Artikel Berkaitan:

KM63 dan KM73 Jalan Segamat-Kuantan di Segamat ditutup sementara bermula Jumaat bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih akibat tanah runtuh.
KM63 dan KM73 Jalan Segamat-Kuantan di Segamat ditutup sementara bermula Jumaat bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih akibat tanah runtuh.

Vidyananthan berkata, PPS di Pusat Komuniti Kampung Pasir, Skudai yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Pasir dan Kampung Teluk Serdang Baru sudah ditutup dan mereka dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan bekalan makanan secukupnya di semua PPS.

Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir.
Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir.

"Mangsa banjir perlu menjaga kesihatan ketika berada di PPS untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

"Tindakan yang perlu kita buat ketika banjir ialah menjauhkan diri daripada banjir, pindah segera ke pusat pemindahan dan matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah," katanya.

Katanya, agensi terlibat dalam pengurusan bencana alam itu termasuk memindahkan mangsa banjir antaranya bomba, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, JKM dan pejabat daerah.

PPS yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai di Dewan Muafakat Kampunh Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang pada Sabtu.
PPS yang dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sentosa Barat dan Kampung Sentosa Damai di Dewan Muafakat Kampunh Cahaya Baru, Masai, Pasir Gudang pada Sabtu.