X

Kindly register in order to view this article
!

Australia ubah lirik lagu kebangsaan iktiraf kaum pribumi

Scott Morrison
A
A

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison pada Khamis mengumumkan perubahan dalam lagu kebangsaan yang akan menyaksikan rakyat negara itu bakal menyanyikan versi baharu bermula 1 Januari.

Barisan lirik yang diubah itu tidak lagi akan merujuk Australia sebagai for we are young and free sebagai usaha untuk mengiktiraf kewujudan kaum pribumi yang telah menetap di Australia selama puluhan ribu tahun sebelum ia dijajah pendatang kulit putih pada abad ke-18.

Sebaliknya, ia akan dinyanyikan For we are one and free.

Pengumuman yang diharap dapat mewujudkan ‘semangat perpaduan’ itu turut disambut baik semua pihak.

Awal tahun lalu, Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian pernah mencadangkan perubahan pada lirik lagu kebangsaan itu yang didakwa mengabaikan budaya lama di Australia. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!