X

Kindly register in order to view this article
!

Trump Presiden AS paling kontroversi

Trump
A
A

WASHINGTON - Kira-kira hampir dua bulan selepas tewas kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dalam pilihan raya Presiden negara itu, Presiden AS, Donald Trump masih enggan mengaku kalah.

Trump, 74, sebaliknya menghabiskan masa bercuti selama lapan hari di resort Mar-a-Lago di Florida yang berakhir pada Khamis lalu dengan bermain golf dan melemparkan kemarahan menerusi Twitter dan membuat alasan kenapa dirinya masih layak mentabir negara itu.

Beliau dikatakan menghantar kenyataan di Twitter dengan mengaibkan parti Demokrat, media dan berita palsu selain Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), peguam negara dan ruangan pengarang akhbar The Wall Street Journal.

Trump yang mewakili parti Republikan kalah dalam pilihan raya Presiden negara itu pada 3 November lalu kepada Biden, 78, daripada parti Demokrat.

Biden akan mencatat sejarah sebagai Presiden AS paling tua memerintah AS apabila mengangkat sumpah jawatan di Washington pada 20 Januari ini.

Menurut portal berita Politico, Trump merupakan Presiden AS yang paling ramai menamakan hakim mahkamah dalam tempoh satu penggal beliau memerintah negara tersebut sejak Presiden ke-37, Richard Nixon.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bermain golf dan bercuti di resort miliknya Mar-a-Lago, Florida baru-baru ini. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bermain golf dan bercuti di resort miliknya Mar-a-Lago, Florida baru-baru ini. - Foto AFP

Beliau turut menamakan tiga hakim Mahkamah Agung iaitu Amy Coney Barret, Neil Gorsuch dan Brett Kavanaugh dan kesemuanya telah disahkan pelantikannya oleh Dewan Senat.

Seramai 12 hakim tertinggi AS yang telah dinamakan oleh Trump kini sedang berkhidmat berbanding ketika zaman Nixon dan Presiden ke-35 negara itu, John F. Kennedy iaitu 11 orang.

Pelantikan Barret turut mencetuskan kontroversi berikutan wanita berusia 48 tahun itu tidak berpengalaman selain tidak pernah menjadi pendakwa raya, peguam bela, peguam negara atau penasihat undang-undang untuk mana-mana badan perundangan.

Presiden AS ke-45 itu sebelum ini kelihatan bangga apabila muncul menunjukkan rang undang-undang dan dekri yang telah ditandatanganinya di depan kamera tetapi beliau bertindak menandatangani pakej bantuan Covid-19 melibatkan nilai yang besar di luar liputan kamera.

Beliau juga membuat ancaman untuk melakukan veto rang undang-undang rangsangan melibatkan jumlah AS$900 juta (RM3.6 bilion) tetapi akhirnya menandatanganinya tanpa menerima sebarang konsensi.

Trump tidak bercakap kepada pemberita sepanjang percutiannya di Mar-a-Lago. - Foto AFP
Trump tidak bercakap kepada pemberita sepanjang percutiannya di Mar-a-Lago. - Foto AFP

Menurut portal berita CNN, kelakuan beliau lebih eratik berbanding sebelum ini.

Trump juga menggunakan kuasanya sebelum meninggalkan Rumah Putih dengan memberikan pengampunan kepada pesalah-pesalah yang didapati memberikan kenyataan bohong, golongan yang setia kepadanya tetapi korup dan penjenayah.

Persoalan kini timbul adakah beliau yang dipilih oleh pengundi untuk menduduki jawatan tersebut melalui pilihan raya Presiden pada tahun 2016 dengan menewaskan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton akan hadir pada majis angkat sumpah Biden sebagai Presiden AS.

Tidak ada sesiapa pun yang tahu sama ada beliau akan hadir pada majis tersebut selepas pasukan undang-undang Trump cuba memfailkan tuntutan undang-undang bagi menafikan kemenangan Biden di mahkamah tetapi sehingga kini kesnya tidak pernah berjaya mendapat kemenangan. - Agensi

Joe Biden akan menjadi Presiden AS paling tua memerintah negara itu apabila mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari ini. - Foto AFP
Joe Biden akan menjadi Presiden AS paling tua memerintah negara itu apabila mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari ini. - Foto AFP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!