Ibu maut, kereta dipandu anak langgar besi penghadang jalan

No Image Caption
A
A
A

MACHANG - Seorang suri rumah maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 30.2 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Kampung Pangkal Gong, Machang, pada petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 6.45 petang itu, Wan Salwiah Wan Mahmood, 47, beralamat di Pulai Chondong maut di tempat kejadian dan dikatakan dalam perjalanan ke Ketereh bersama anak perempuannya yang juga pemandu kenderaan tersebut.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu remaja 21 tahun berkenaan dipercayai gagal dikawal dan melanggar besi penghadang jalan.

"Akibat perlanggaran tersebut besi penghadang jalan tertusuk ke bahagian penumpang. Pemandu hanya cedera ringan, manakala penumpang yang juga ibunya maut di tempat kejadian. Mangsa telah dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat serta tindakan lanjut," katanya.

No Image Caption